Wednesday, October 8, 2008

‘Adik Saudaraku’

My niece Avrill wrote an essay for JBoy and it's sounds like...

Saya mempunyai seorang adik saudara bernama Jeremiah dan nama manjanya ialah JBoy. Dia berumur 3 tahun. JBoy seorang budak yang tidak suka mengaku kalah, degil dan kadang kala penakut juga orangnya. Hobinya ialah bermain bola sepak dengan abang saudaranya Brady dan suka menonton televisyen. Kartun adalah rancangan televisyen yang amat digemarinya terutama sekali Mr Bean, Spiderman, Doraemon, Shin Chan dan sebagainya. Apabila kakaknya Alyssa dan adiknya Haryboy duduk diam dan tidak bising dia suka mengacau mereka.

Saya berasa simpati terhadap JBoy kerana pada 28hb September 2008, dia telah dimasukkan ke Hospital Likas untuk pembedahan kecil dan pada keesokan harinya 29hb September 2008 pembedahan itu dijalankan. Saya telah mendengar cerita dari Mummy JBoy bahawa sebelum JBoy masuk ke bilik pembedahan dia amat terhibur dengan Doktor yang bertugas kerana Doktor itu pandai mengambil hati budak-budak sehingga JBoy tidak berasa cemas pada ketika itu.

Sekarang JBoy beransur pulih dan gayanya bertambah nakal. Saya berharap JBoy akan menjadi seorang ‘good boy’.


Ohhh so cute…

No comments: